All for Joomla All for Webmasters

Profil Syarikat

Bushra Holdings Sdn. Bhd. telah didaftarkn pada 23 Januari 2015 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mei 2015. Penubuhan syarikat ini adalah untuk mengembangkan lagi aktiviti perniagaan, dakwah  dan kebajikan yang mana sebelumnya telah dijalankan melalui syarikat Perniagaan Bushra. Dengan tertubuhnya syarikat ini, setiap aktiviti perniagaannya telah dibahagikan kepada 3 anak syarikat iaitu Pustaka Bushra Sdn Bhd, Bushra Al-Birr Training Center Sdn Bhd dan Bushra Studio & Publication Sdn Bhd.

Sebagai syarikat utama, Bushra Holdings Sdn. Bhd. difokuskan untuk aktiviti pengurusan dan juga kebajikan. Sehubungan dengan itu, syarikat ini bermatlamat untuk menubuhkan sebuah yayasan yang akan dinamakan sebagai Yayasan Bushra untuk menjadi pusat aktiviti kebajikan dan pembangunan perniagaan Islam. Setelah yayasan ini berjaya ditubuhkan, akan ada lagi projek-projek pembangunan yang telah dirancang sebelum ini akan dilaksanakan. Antaranya ialah penubuhan sekolah Tahfiz dan juga pembinaan Taman Perumahan yang mematuhi syariah Islam.

 

Wawasan

Ekonomi Umat Islam dewasa ini amat ketinggalan sekali dibandingkan dengan kaum lain di Negara ini. Diatas kesedaran ini Bushra Holdings telah mengambil langkah berurusniaga yang berkonsepkan ‘berjemaah’ dikalangan pengusaha dan peniaga yang berjaya dengan meletakkan nilai dakwah yang berteraskan al-Quran dan Sunnah didalam urusannya.

 

Objektif

Untuk membantu mempertingkatkan persepakatan dikalangan umat Islam dalam berurusniaga agar dapat memperkukuhkan ekonomi para pengusaha dan peniaga disamping pengawalan harga mengikut syariah yang boleh dinikmati oleh pengguna. Dengan keberhasilan usahaniaga ini dapatlah Bushra Holdings berkongsi dan membantu mereka yang memerlukan bantuan serta mengembangkan dakwah.

Misi & Visi

Misi Bushra Holdings adalah :

menjadi peneraju dalam bidang perniagaan serta pembangunan dan berusaha bersama-sama :

  • Mewujudkan rangkaian perniagaan berteraskan dakwah dari kalangan umat Islam
  • Memperkasakan persepakatan dalam urusan perniagaan serta perkongsian teknologi pemasaran dan penggunaan
  • Perkongsian keuntungan untuk manfaat kepada semua peringkat.

 

Visi Bushra Holdings adalah :

  • Menjadi sebuah gagasan perniagaan berjemaah mengikut syariah (berpandukan al-quran dan as-sunnah)
  • Melahirkan peniaga berilmu dan berjaya dalam pembangunan ekonomi perniagaan mereka.