All for Joomla All for Webmasters

Sumbangan & Infaq

Sejajar dengan tujuan penubuhan syarikat ini, iaitu Berdakwah Dalam Perniagaan, Syarikat Bushra Holdings Sdn Bhd telah menubuhkan Tabung Kebajikan yang diambil dari sebahagian keuntungan dari anak-anak syarikatnya, dan juga infaq dari Individu perseorangan mahupun organisasi. Melalui tabung ini, syarikat akan menyalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan samaada dalam bentuk sumbangan tetap bagi setiap bulan atau pun sumbangan sempena perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Sumbangan tetap yang syarikat keluarkan adalah seperti berikut :

1     Pusat Pengajian Ilmu Islam        RM300.00
2 Akademi Tahfiz  RM500.00
3 Golongan Asnaf (3 Orang) RM450.00
  JUMLAH KESELURUHAN RM1,250.00

 

Semenjak beroperasi dari bulan Mei hinggalah ke bulan November 2015 ini, jumlah terkumpul sumbangan bulanan ini berjumlah RM8,750.00

Manakala untuk sumbangan sempena Aidilfitri 1436H, jumlah yang telah disumbangkan adalah RM8,500.00

Untuk sumbangan sempena Aidiladha 1436H pula, jumlah yang telah disumbangkan adalah RM11,000.00.